affiliate hands


Bagaimana Untuk Sertai Program Affiliate?

 affiliate process 2

Langkah 1 : Daftar akaun di laman web ini (sekiranya anda belum mendaftar)

Langkah 2: Log Masuk

Langkah 3: Klik pada menu Affiliate > Akaun Saya (Menu ini hanya boleh diakses sekiranya anda log masuk). Didalam area ini, anda boleh melihat affiliate ID anda, masukkan email anda, lihat pesanan melalui affiliate ID anda dan sebagainya.

Langkah 4: Promosikan link affiliate anda cth: "http://www.webmasta.my/?partner_id={your_affiliate_id}"

Langkah 5: Tu je lah. dah siap pon. So sit back dan tunggu duit masyuk.

  • Sistem affiliate webmasta akan mengesan clik yang dijana oleh affiliate id dan menyimpan cookies pada komputer prospek.
  • Sekiranya prospek membuat pembelian dalam masa 30 hari dari click yang pertama, anda akan mendapat 50% dari jumlah jualan.
  • Sila join support group disini

 

Berapakah Jumlah komisyen yang saya terima?

Anda akan mendapat 50% daripada jumlah sale bagi setiap produk yang terjual melalui link affiliate anda.

 

Bagaimana saya akan Dibayar?

Anda akan dibayar melalui bank transfer ke akaun anda.

 

Bilakah saya akan dibayar?

Kami akan membuat pembayaran setelah jumlah jualan akumulatif anda pada setiap hujung bulan

 

Contoh

Haziq mendaftar sebagai agen affiliate di webmasta.my

Dia mempromosikan affiliate link di dalam fesbuk dan website miliknya. Rakan-rakanya membuat pembelian melalui link affiliatenya, Selepas cukup bulan tersebut, pihak Webmasta akan membuat bank transfer ke akaun Haziq.

 

Terma dan Syarat

  • Dengan menyertai sebagai agen affiliate, anda mengaku telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma dan syarat.
  • Pembelian sendiri melalui link affiliate sendiri adalah tidak sah
  • Webmasta.my mempunyai hak untuk menambah, membuang atau menukar mana mana terma dan syarat perjanjian ini pada bila bila masa tanpa sebarang notis. Sekiranya anda tidak mahu menerima mana mana pertukaran pada syarat perjanjian ini, anda hanya berhak untuk menarik diri dari perjanjian dan penyertaan anda dari sistem affiliate ini. Penyertaan berterusan dari anda membawa maksud anda sedia patuh pada sebarang perubahan pada perjanjian yang sedia ada.

 

Tanggungjawab Anda

Anda mestilah menggunakan program affiliate ini dengan mematuhi hak webmasta.my dan pihak ketiga. And tidak dibenarkan mempromosikan affiliate id anda dengan cara yang SPAM dengan tidak beretika melalui email, forum, newsgroup, whatsapp, sosial media dan sebagainya. Anda juga tidak dibenarkan mempromosikan link affiliate di laman web yang mempromosikan bahan lucah, keganasan, diskriminasi atau aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang.

 

Pembatalan

Adalah menjadi hak sepenuhnya, pihak webmasta.my tanpa memberitahu anda boleh membatalkan perjanjian dan penyertaan anda didalam affiliate ini dengan serta merta sekiranya anda didapati melakukan penipuan atau menyalah gunakan program ini dalam apa jua cara. Sekiranya didapati bersalah, anda tidak akan dibayar sebarang komisen bagi jualan secara penipuan.